• Damai Tropika Di Belum, Gerik, Perak

    0

    tasik-temenggor

    Keheningan Tasik Banding mempesonakan pengunjung dari serata dunia

    Keunikan Pulau Orang Utan, kehijauan Royal Belum pakej lengkap tarikan pelancongan ke Perak.

    NEGERI PERAK kaya hutan hujan menghijau menjadikannya antara destinasi eko pelancongan utama negara. Hutan hujan Belum -Temenggor berkeluasan 300,000 hektar misalnya, adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Royal Belum berusia 130 juta tahun dan masih kekal sebagai antara hutan simpan dara paling luas dan tertua di dunia.

    Pencinta alam yang ingin mendekati kehijauan pasti memilih Belum Rainforest Resort (BRR) di Pulau Banding, Gerik, sebagai destinasi percutian. Bertaraf lima bintang, BRR ibarat gerbang bagi mereka yang dahagakan sentuhan alam semula jadi. Seni reka chaletnya yang unik, mampu memperdaya setiap mata yang memandang dek lokasinya yang terlindung di sebalik kehijauan yang merimbun. Read more

  • Pulau Banding dan Tasik Temenggor : Mutiara Di Tengah Hutan Belantara

    0

    Setiap kali melewati Pulau Banding dan Tasik Temenggor ketika melalui Lebuh Raya Timur Barat, biasanya aku dan keluarga akan singgah seketika di Tasik ini. Tasik Temenggor ni terwujud disebabkan pembukaan Empangan Temenggor untuk janakuasa elektrik hidro pada tahun 70-an. Air yang terkumpul di Tasik Temenggor pula disalurkan ke Perak dan Pulau Pinang sebagai bekalan air bersih. Oh, patut la aku rasa macam sedap jer air di Penang ni, hehe.

    big-the-great-view-of-tasik-temenggor-cantik-kan
    The great view of Tasik Temenggor, cantik kan.

    big-kedua-dua-resort-dipisahkan-oleh-jambatan-banding-dan-tasik-temenggor
    Kedua-dua resort dipisahkan oleh Jambatan Banding dan Tasik Temenggor Read more

  • Asal – Usul Daerah Gerik, Perak

    0

    peta-banding

    Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad (Tok Saad).

    Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

    Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.. Read more